PAKAIAN WANITA
BidangWanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110cmx60cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakansebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaanya, bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
Kain Bidang
BedongWanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong. Ia dihiasi dengan pelbagai corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedong hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
Bedong
Marek EmpangMarek empang atau hiasan dada yang diperbuat daripada manik dan bebola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban. Hiasan diri wanita Iban, Sarat dengan barangan perak seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi (perhiasan di kepala).
Marek Empang
Baju Burung
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung atau Gagung (sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya) dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.
Baju Burung
Kalambi
Baju kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tidak berlengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditanggalkan ruang untuk lubang atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara mengikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumba, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
Kalambi
Tahniah.. lots of info..come and visit my blog at http://cikgudeehamid.blogspot.com/
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Saya telah mendapat beberapa info tentang pakaian tradisional kaum Iban.
ReplyDelete